Senarai Soalan Lazim (FAQ Page) :
S : Dimanakah terletaknya lokasi Institusi Kebajikan Masyarakat, Taman Sinar Harapan Tampoi Johor Bahru ?
J : Taman Sinar Harapan Tampoi, Johor Bahru terletak dalam Zon Pentadbiran Kempas iaitu di Kawasan Tampoi, 10 km dari pusat bandar Johor Bahru dan 3 km dari susur keluar Plaza Tol Kempas Lebuhraya Utara Selatan ( Selepas susur keluar Tol Skudai )
Terletak di kawasan Kempas Lurah beralamat :
A) TAMAN SINAR HARAPAN TAMPOI
JALAN HOSPITAL PERMAI
81200 JOHOR BAHRU.
B) TAMAN SINAR HARAPAN TAMPOI
JALAN LURAH 19
81200 JOHOR BAHRU.
.......................................................................................
S : Berapakah had muatan Taman Sinar Harapan Tampoi Johor Bahru pada satu – satu masa ?
J : Taman Sinar Harapan Tampoi mampu memuatkan seramai 200 orang penghuni pada satu-satu masa.
.......................................................................................
S : Bilakah Taman Sinar Harapan Tampoi Johor Bahru beroperasi ?
J : Taman Sinar Harapan Tampoi mula beroperasi pada 28 Disember 1975.
.......................................................................................
S: Apakah matlamat penubuhan Taman Sinar Harapan Tampoi Johor Bahru ?
J : Memberi perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar Jabatan
Membangunkan masyarakat melalui melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari
Mewujudkan masyarakat yang berbudayakan penyayang
Meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui Perkhidmatan Kebajikan Dan Pembangunan Sosial yang profesional dan Perkongsian Tanggungjawab yang strategik
.......................................................................................
S : Apakah syarat-syarat kemasukkan ke Taman Sinar Harapan Tampoi Johor Bahru?
J : Berikut adalah syarat - syarat kemasukkan ke Taman Sinar Harapan Tampoi:
- Warganegara Malaysia
- Jantina: Lelaki
- Disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan sebagai orang kurang upaya akal
- Berdaftar sebagai OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
- Kategori OKU Masalah Pembelajaran yang boleh dilatih ( Mild dan Moderate
- Berumur 15 hingga 35 tahun dan tiada penyakit berjangkit
- Kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia / Perintah Mahkamah
.......................................................................................
S : Apakah itu Institusi Kebajikan Masyarakat, Taman Sinar Harapan Tampoi Johor Bahru ?
J : Berikut adalah penearangan ringkas tentang Taman Sinar Harapan Tampoi
- Institusi pemulihan dan latihan bagi OKU Masalah Pembelajaran remaja lelaki
- Di bawah Kaedah-kaedah Pusat Pemulihan Cacat Akal 1977
- Mula beroperasi pada 28 hb. Disember 1975
- Dirasmikan oleh Datin Paduka Hjh.Aishah bte Abdul Ghani (Menteri Kebajikan Am Malaysia) pada 20hb Mei 1976
- Keluasan kawasan 8.4 ekar
- Had muatan seramai 200 orang dalam satu-satu masa
- Diwartakan sebagai tempat selamat PU(B)30 Dibawah Akta Kanak-kanak 2001 (kes kanak-kanak/remaja lelaki OKU terencat akal)
- Tempat selamat/Pusat perlindungan Wanita bawah Akta Keganasan
.......................................................................................
S : Apakah latihan kemahiran yang terdapat di Taman Sinar Harapan Tampoi Johor Bahru?
J : Berikut adalah beberapa latihan kemahiran yang diadakan di Taman Sinar Harapan Tampoi :
- KELAS PENILAIAN ASAS : Kelas Asuhan
- KELAS KEMAHIRAN : Kelas Jahitan, Kelas Kerjatangan, Kelas Pertukangan Kayu, Bengkel / Latihan di Kilang dan Kelas Pertanian.
- KELAS WAJIB : Kelas Kemasyarakatan, Kelas Akademik, Kelas Urusan Rumah Tangga dan Kelas Agama.
- KELAS PEMULIHAN : Kelas Fizikal (Pemulihan Carakerja dan Anggota) Kelas Terapi Muzik, Bilik Multisensori dan Bilik Pemulihan.

S : Apakah kemudahan yang terdapat di Taman Sihar Harapan Tampoi Johor Bahru ?
J : Institusi ini juga menekankan penyediaan kemudahan yang selesa, bersih dan ceria di seluruh kawasan institusi ini seperti pejabat pentadbiran, klinik, bilik air dan tandas, asrama, dewan makan, dapur, surau, rumah pelawat, tempat rekreasi / riadah dan sebagainya.
.......................................................................................
S : Adakah individu yang mempunyai masalah fizikal layak untuk memohon kemasukkan ke Taman Sinar Harapan Tampoi Johor Bahru ?
J : Ya, individu yang mempunyai masalah fizikal layak untuk memohon kemasukkan ke Taman Sinar Harapan Tampoi Johor Bahru.
.......................................................................................
S : Adakah penghuni di Institusi Taman Sinar Harapan Tampoi mendapat wang saku setiap bulan ?
J : Ya. RM10.00 sebulan bagi seorang penghuni.
.......................................................................................
S : Siapakan yang layak untuk memohon kemasukkan ke Taman Sinar Harapan Tampoi Johor Bahru ?
J : Berikut adalah syarat kelayakkan untuk kemasukkan ke Taman Sinar Harapan Tampoi.
- Warganegara Malaysia
- Jantina: Lelaki
- Disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan sebagai orang kurang upaya akal
- Berdaftar sebagai OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
- Kategori OKU Masalah Pembelajaran yang boleh dilatih ( Mild dan Moderate )
- Berumur 15 hingga 35 tahun dan tiada penyakit berjangkit
- Kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia / Perintah Mahkamah
.......................................................................................
S : Berapakah lingkungan umur pemohon semasa memohon kemasukkan ke Taman Sinar Harapan Tampoi Johor Bahru ?
J : 15 sehingga 35 tahun.
.......................................................................................
S : Siapakah yang bertanggungjawab meluluskan permohonan kemasukkan ke Taman Sinar Harapan Tampoi Johor Bahru ?
J : Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri.
.......................................................................................
S : Adakah kanak-kanak yang terlibat dengan kes penderaan layak untuk memohon kemasukkan ke Taman Sinar Harapan Tampoi Johor Bahru ?
J : Ya, dengan syarat mendapat perintah dari mahkamah di bawah akta kanak-kanak 2001.
.......................................................................................
S : Apakah pemohon dari Sabah dan Sarawak layak untuk memohon kemasukkan ke Taman Sinar Harapan Tampoi Johor Bahru ?
J : Ya, boleh.
.......................................................................................
S : Apakah kondisi yang terdapat di Taman Sinar Harapan Tampoi Johor Bahru ?
J :
.......................................................................................
S : Adakah pengesahan daripada doktor perubatan kerajaan sahaja yang layak untuk diguna pakai semasa membuat permohonan kemasukkan ke Taman Sinar Harapan Tampoi Johor bahru ?
J : Tidak. Doktor swasta juga layak.
.......................................................................................
S : Apakah perkhidmatan yang ditawarkan di Taman Sinar harapan Tampoi Johor Bahru ?
J : Penjagaan, Pemulihan dan latihan.
.......................................................................................
S : Bagaimanakan system penjagaan kesihatan yang dilaksanakan di Taman Sinar Harapan Tampoi Johor Bahru ?
J :
S : Apakah prosedur pengurusan penghuni yang telah melebihi had umur kelayakan berada di Taman Sinar Harapan Tampoi Johor Bahru ?
J :
.......................................................................................
S : Sekiranya terdapat kematian penghuni di Taman Sinar Harapan Tampoi, apakah tindakan pihak pengurusan/pentadbiran ?
J :
.......................................................................................
S : Apakah jabatan kerajaan yang menaungi Taman Sinar Harapan Tampoi Johor Bahru ?
J : Jabatan Pembangunan Ornag Kurang Upaya, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. KPWKM
.......................................................................................
S : Apakah keistimewaan yang diperolehi oleh penghuni di Taman Sinar Harapan Tampoi sepanjang tempoh latihan ?
J : Tempat tinggal, makan minum, pakaian dan wang saku ditanggung oleh pihak Institusi. Selain itu penghuni terlibat dalam program latihan luar institusi ( OUTING ), sukan OKU ( sekiranya penghuni mempunyai bakat dalam sukan yang dipertandingkan )
.......................................................................................
S : Adakah dibenarkan sekiranya ahli keluarga ingin melawat penghuni di Taman Sinar Harapan Tampoi ?
J : Ya. Dibenarkan.
.......................................................................................
S : Adakah dibenarkan bagi pihak luar yang ingin memberikan sumbangan atau derma kepada Taman Sinar Harapan Tampoi Johor Bahru ?
J : Ya. Dibenarkan.
.......................................................................................
S : Apakah bentuk sumbangan dan derma yang boleh dihulurkan ?
J : Derma atau sumbangan dalam bentuk wang ringgit, barangan terpakai, barangan makanan, keperluan harian, perkhidmatan dan khidmat masyarakat.
.......................................................................................
S : Berapakah tempoh masa latihan bagi penghuni di Taman Sinar harapan Tampoi Johor Bahru ?
J : 3 tahun.
.......................................................................................
S : Jika sekiranya penghuni yang terdapat di Taman Sinar Harapan Tampoi Johor Bahru tidak mempunyai waris, apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak pentadbiran institusi ?
J : Kes akan dibawa kepada perbincangan kes untuk dipertimbangkan pelanjutan tempoh penjagaan, latihan dan pemulihan.
.......................................................................................
S : Apakah tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan institusi bagi penghuni yang tidak boleh dilatih ?
J : Penghuni akan melalu proses percubaan selama 6 bulan. Sekiranya didapati tidak dapat dilatih maka kes akan dibawa ke persidangan kes bagi membuat keputusan sama ada penghuni kekal dalam institusi atau dihantar ke pangkuan keluarga.
.......................................................................................
S : Adakah terdapat badan luar yang bersama dalam membantu pengurusan Taman Sinar Harapan Tampoi Johor Bahru ?
J : Ya. Lembaga Pelawat Taman Sinar Harapan Tampoi.